Monday, January 9, 2012

TARIKAN EMAS

Mengapa emas boleh menarik kekayaan ? Setiap benda adalah energi. Dan setiap energi mempunyai frekuensi tarikan tersendiri.


Anda biasa dengar pepatah bergaul dengan orang miskin, kita jadi miskin…bergaul dengan emas kita jadi kaya. Mengapa begitu ? Sebab level energi orang kaya ia banyak menarik energi positif…

Level energi orang miskin menarik banyak energi negatif. Selalu mengeluh masalah, complain, memberi pandangan negatif, putus asa, putus harapan…benda-benda itu yang akan menarik energi negatif.

Orang Kaya pula, mereka sentiasa berfikiran positif dan berfikiran dia boleh. Setiap masalah yang dilihatnya adalah satu peluang. Jika dia kaya dia tetap menganggap kekayaan itu semua milik Allah. Yang mana eksyen biasanya kaya sekejap.

Jadi emas juga mempunyai tarikan energi kekayaan yang kuat. Bermakna siapa bergaul dengan emas, kekayaan dia semakin bertambah. Mengapa boleh jadi begitu ?

Sebab orang yang mempunyai emas membayar zakat emas. Yang tak bayar zakat emas pun nanti emasnya tak kekal lama dengan dia. Jadi janganlah teragak-agak untuk bayar zakat.

Setiap perintah Allah itu ada keistimewaan dan kebaikan untuk hambanya. Berzakat sebenarnya untuk membersihkan harta dan bila harta bersih, harta lain akan datang.

Baik orang Islam atau bukan Islam, zakat dan charity akan menarik kekayaan. Anda pernah datang ke rumah orang-orang kaya ? Lihat perhiasan dalam rumahnya.

Banyak perhiasan yan diperbuat daripada salutan warna emas atau emas betul. Pinggan mangkuk di tepi-tepinya corak emas. Sudu garpu emas. Warna dinding pun emas. Almari, karpet emas.

Warna emas juga melambangkan kekayaan. Sebab itu pantang jika makan jangan pakai pinggan plastik sebab energi dari pinggan plastik akan dimasukkan ke dalam tubuh badan.

Saturday, January 7, 2012

Harga emas dijangka naik RM5,662 seauns 7/1/2012 (BERITA HARIAN)

HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.




Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing. Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010. Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.


“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.
Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.


OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.


Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.
Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA
Tahun 2008, harga emas RM86/gram;


Tahun 2009, harga emas RM120/gram;

Tahun 2010, harga emas RM155/gram;

Tahun 2011, pernah cecah RM216/gram, dan stabil pd RM198/gram;

Tahun 2012, harga emas dimulai dengan RM198/gram.

Rebutlah peluang harga permulaan di Januari 2012 ini.Mungkin kalau tak beli sekarang, 10 tahun lagi, kita akan kata, "Ruginya tak beli masa tahun 2012.
 

 
 
Tak nak test ke simpan duit dlm bentuk emas fizikal?


Tak sanggup nak tunggu?

ASB boleh tunggu 1 tahun tanpa keluor duit, tak kan simpan emas tak boleh mcm tu jugak kot..??

Tak ada tempat simpan?

Bank-bank byk sediakan kemudahan tu kan..ala rm12 aje sebulan..sikit aje tu..

... Risau zakat?..

kan zakat tu pelaburan akhirat...jgn ingat emas aje kena zakat, duit simpanan jugak kena zakat.
 

 
 
Ada yg bertanya, "saya ada sejumlah duit sekian banyak, apa yang baik boleh dilakukan?". Biasanya saya akan menjawab, gunakan duit tu utk memulakan pelaburan emas. Ada yg setuju dan ada yg merasakan perlu juga membuat pelaburan2 lain.Utk itu, sy kata buatlah beberapa pelaburan yg difikirkan baik, namun elakkan skim2 cepat kaya atau pelaburan yg tidak diketahui hujung pangkalnya. Selamat memulakan pelabran utk 2012