Tuesday, April 26, 2011

KENALI ARRAHNU

AR-RAHNU DI BANK RAKYAT


Definisi Ar-Rahnu dari segi bahasa bermaksud, menahan, mantap, berkekalan, tetap
dan lestari.

Definisi Ar-Rahnu dari sudut istilahialah menjadikan sesuatu barangan sebagai cagaran


bagi sesuatu hutang dan ia akan menjadi bayaran jika tidak dijelaskan hutang itu nanti.


Definisi dalam sistem perbankan Islam Ar-Rahnu bermaksud kontrak mengenai


aset yg berharga yg dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman.




Bank juga berhak menjual cagaran tersebut sekiranya pelanggan gagal


menjelaskan hutangnya pada waktu yang telah ditetapkan. Pihak bank juga akan


memulangkan baki harga barangan tersebut setelah ditolak jumlah hutangnya.


Contohnya: Seorang peniaga kecil menggadaikan barang kemasnya kpd pihak


bank utk mendapatkan wang tunai bagi menambahkan modal perniagaannya.


Hukum Ar-Rahnu


Dalil: Surah al Baqarah ayat 283.


Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud:


Rasulullah S.A.W telah menggadaikan baju besi kepada seorang Yahudi di Madinah dan baginda mengambil 30 gantang barli daripada Yahudi tersebut untuk dimakan oleh keluarga baginda


Jumhur ulama berpendapat muamalat gadaian adalah diharuskan baik ketika


seseorang itu bermastautin, bermukim atau dalam keadaan bermusafir.


Jumhur ulama mengatakan sah kepada sesiapa yg menggadaikan barangan


yang tertentu jumlahnya, harta yang dapat dipindahkan; seperti emas perak serta


harta yang tidak dapat dipindahkan; seperti kebun dan tanah.


Jumhur ulama menambah ; akad gadaian dikira sah dengan ada lafaz ijab dan Kabul




Kebaikan sistem pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional ialah:


1.Tidak mengenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.


2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.


3. Cas perkhidmatan yang rendah


4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.


5. Tempoh membayar balik yang munasabah


6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.


Di Malaysia, diantara bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Bank Rakyat dan Agro Bank.


Ar-Rahnu di Bank Rakyat


Amalan gadaian berlaku sejak zaman Rasulullah SAW dan diteruskan oleh para sahabat sebagaimana diriwayatkan oleh Aisyah r.a. yang berkata: Rasulullah SAW pernah membeli makanan daripada orang Yahudi dan beliau menggadaikan kepadanya baju besi beliau. (riwayat Bukhari).


Masyarakat bagaimana terkeliru dan kurang faham dengan konsep, istilah dan maksud pajak serta gadai sebagai jalan keluar yang diberi oleh Islam kepada hambanya yang bermasalah itu.


Meskipun pajak lebih bersifat menyerahkan harta diurus orang lain untuk dikongsi hasil secara bersama mengikut kontrak perjanjian (akad) yang dibuat, tetapi perkongsian yang ditetap oleh Islam itu tidak berlaku mengikut lunas yang betul.


Sedangkan gadai yang berupa mencagarkan harta berharga kepada pemberi hutang (pemiutang) pula sering menyebabkan penggadai tergadai segala-galanya, termasuk nyawa.Menyedari rumitnya masalah dan meningkatnya kes-kes mangsa ah long, ceti


dan kedai pajak gadai konvensional dalam masyarakat, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Sdn. Bhd. (Bank Rakyat) mengembangkan operasi pajak gadai yang berteraskan hukum syarak untuk awam.Sekali gus Bank Rakyat turut berperanan membebaskan unsur riba dalam urusan muamalat bagi golongan Muslim.


Bagi memperluaskan lagi operasi pajak gadai secara Islam, Bank Rakyat melalui anak syarikatnya, Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS) baru-baru ini melancarkan satu lagi rangkaian pusat pajak gadai Ar-Rahnu di ibu kota.


Pusat pajak gadai Islam yang dinamakan Ar-Rahnu X’Change dan beroperasi di Lorong Medan Tuanku Satu, Kuala Lumpur itu merupakan rangkaian francais Bank Rakyat yang kelima di negara ini. Ia dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar. Operasi pusat Ar-Rhanu tersebut diusahakan melalui kerjasama dengan Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah).


Definisi dari sudut syarak:




Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.


Definisi dari sudut bahasa:


Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya............."
(Surah al-Muddaththir 74:38)




PENGERTIAN , HUKUM DAN RUKUN AR-RAHNU


PENGERTIAN


Ahmad Azhar Basyir - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara" sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima"


H.M Arsjad Thalib Lubis - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar"


Abdul Rahman Al-Jaziri - menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti " menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.


Kesimpulannya - Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman


HUKUM


Firman Allah SWT - "Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang
(Al-Baqarah : ayat 283)


Dalam sebuah Hadis - "Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam sebuah Hadis - "Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya"
(Riwayat Al-Bukhari)


Dalam sebuah Hadis - "Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya"
(Riwayat Tirmidzi)


RUKUN


Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:


1. Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
3. barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian

No comments:

Post a Comment