Harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa, bagi mereka yang faham tentang konsep pelaburan di dalam emas fizikal, mereka akan membeli dan terus membeli selagi mempunyai tunai.
Tetapi bagi sesetengah individu yang masih kabur tentang konsep ini, pastinya terpengaruh dgn Sentimen Pasaran, dan berasa takut untuk membeli emas kerana harganya melambung semakin tinggi.
Sebenarnya, jika anda membuat pelaburan ke atas komoditi emas di dalam dagangan futures market, memang patut untuk anda berasa takut untuk membuat dagangan..
Tetapi jika anda ingin membeli emas fizikal, tiada waktu yang spesifik diperlukan, dan walau setinggi mana pun harganya di pasaran, nilainya akan terus meningkat tanpa had masa dan nilai maksimum.
Jadi tiada istilah utk tunggu harganya turun, baru beli atau "Buy Low, Sell High" dalam pelaburan emas fizikal ini. kalau anda terus berpegang dgn konsep seperti itu, saya jamin walau harganya dah mencecah RM 200 segram sekalipun, anda masih belum membeli waima 1 gram emas, kerana merasakan harganya sudah cukup tinggi dan mungkin akan turun pulak jika anda membeli emas di waktu itu.
Konsep tu betul jika digunakan utk pelaburan saham, bond, pasaran matawang dan dagangan spot gold. Tapi jika diaplikasikan utk membeli emas fizikal bermakna anda telah mnggunakan teknik pelaburan yg tidak sesuai dgn portfolionya,kesannya sampai bila-bila pun pelaburan tidak akan dibuat.
Tiada sesiapa yg boleh mengatakan harga emas sudah mencapai ke paras yang cukup tinggi dan tidak akan naik lagi, kerana jika perkara itu berlaku, bermakna nilai emas tidak lagi menjadi sandaran kepada nilai matawang. Adakah situasi ini akan berlaku?
Oleh itu dengan langkah pertama anda membuat keputusan untuk membeli emas itulah adalah masa yang sesuai untuk anda membeli emas kerana wang anda sudah mencukupi untuk memiliki emas teruskan membeli emas kerana harga emas sentiasa akan naik dan naik mengikut peredaran zaman...
No comments:
Post a Comment