Komoditi emas mula di dagangkan di Spot Market bermula pada tahun 1992, ianya bermula dengan harga serendah $345.63 per oz bersamaan RM 38.50 segram (mengambil kira $1 = RM 3.50), kemudian pada tahun 1996, di sebabkan kemelesetan ekonomi dunia harga emas telah menurun kepada paras terendah untuk selama2nye iaitu pada harga $249.42 per oz. Disebabkan krisis kemelesetan yang begitu hebat pada waktu itu, ekonomi dunia dan komoditi emas mengambil masa selama hampir 5 tahun untuk proses "Recovery" atau baik pulih semula iaitu sehingga pada tahun 2001.
Graf menunjukan kenaikan harga emas dunia |
Sejak dari itu harga emas di pasaran dunia terus-menerus meningkat saban tahun sehinggalah pada tahun 2007, sekali lagi krisis ekonomi berlaku di sebabkan "Sub-Prime Crisis" atau krisis sub-prima sekaligus menyebabkan harga emas menurun daripada $963.69 kepada $724.63. Namun, berpandukan kisah hitam 10 tahun yang lalu, beberapa langkah drastik telah diambil oleh A.S untuk memperbaiki krisis itu, dan dalam hanya beberapa bulan sahaja harga emas telah kembali meningkat kepada $981.18 per oz. Bertitik tolak dari krisis dunia kali ke-2 ini, masyarakat telah mula sedar bahawa punca kepada semua krisis ekonomi dunia ialah disebabkan pengamalan sistem ekonomi kapitalis yang menyebabkan berlakunya Inflasi (kejatuhan nilai wang) dari tahun ke tahun di seluruh dunia.
Kesinambungan itu, ramai masyarakat telah mula menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas fizikal berbanding wang ringgit, yang mana ianya memegang nilainya sendiri dan tidak seperti wang kertas yang mana nilainya perlu bersandarkan dengan rizab simpanan emas di sesebuah negara itu. Sejak itu harga emas terus meningkat saban tahun iaitu dari $981.18 per oz, kini telah mencapai paras tertinggi dalam sejarah harga emas dunia iaitu melebihi $1270.00 per oz!! Lihat, betapa tingginya permintaan terhadap besi kuning ini sedangkan penawarannya amat terhad dan ianya adalah semulajadi.
Justeru, marilah sama-sama kita menyimpan kekayaan dalam bentuk emas, agar wang yang disimpan tidak susut nilainya di telan Inflasi.
DINAR EMAS
Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.
Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 2.975 gram.
Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’
Dinar adalah matawang Sunah dan dibawah ini adalah kebaikan-kebaikannya:
Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 2.975 gram.
Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’
Dinar adalah matawang Sunah dan dibawah ini adalah kebaikan-kebaikannya:
Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
Semua bentuk aset kertas, contohnya bon,saham termasuk deposit bank
adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico .
Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.
Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.
Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.
Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.
Emas adalah salah satu instrumen pelaburan yang menguntungkan kerana sifat dan nilai intrinsiknya seperti komoditi-komoditi yang lain. Graf harga emas menunjukkan kenaikan yang mendadak bagi 10 tahun kebelakangan ini (2000 – 2010) berbanding 10 tahun sebelumnya (1990 – 2000). Walaupun pergerakan kenaikan emas berada pada kadar biasa bagi tempoh 1990 – 2000, tetapi kenaikan harga tetap berlaku saban tahun.
Berita harian Metro hari ini 17/12/2010 Dr Mahathir melancarkan Produk Emas Genneva.Tapi saya tak pasti produk emas yang dimaksudkan sama ada Dinar emas atau Jongkong emas yang Genneva kuarkan,inya sama saja baik dinar, jongkong dan Jewellery.
Perdagangan pada peringkat antara bangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan Dinar emas berikutan nilai US dolar semakin merosot.
Mantan Perdana mentri Tun Dr Mahathir dalam ucap tamanya berkata,nilai emas tidak pernah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antara bangsa berbanding dolar Amerika.
"Emas memiliki nilai pertukaran yang lebih baik berbanding tukaran nilai wang kertas.
"Sebelum ini AS$35 bersamaan satu aun emas.Hari ini satu aun emas bersamaan AS$ 1,400.Ini bermakna dolar AS sudah merosot.inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang yang nilainya merosot dengan pantas dan banyak tapi emas tiada susut nilai sedemikian. Jadi,apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas anda mendapat nilai sebenarnya" katanya.
"Saya akan terus menyarankan penggunaan emas dalam perdagangan antara bangsa dan emas juga adalah mod simpanan terbaik" katanya selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan keuwangan ekonomi islam langkawi kedua (2life) di kuala Lumpur, kemarin.
Disini dapat kita lihat betapa besarnya pengaruh Emas terutama sekali Dinar emas dalam memperkukuhkan ekonomi sejagat,Marilah sama-sama kita menyimpan emas sebelum terlambat.Emas makin hari makin naik,bagi sesiapa yang menunggu maka anda adalah seorang yang rugi.Bertindaklah sebelum harga emas naik melambung.
No comments:
Post a Comment