Sunday, February 27, 2011

DINAR SEBAGAI MAS KAHWIN DAN HANTARAN

Mahar atau Mas kahwin merupakan satu pemberian wajib dari seorang lelaki kepada bakal isterinya sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh hukum syarak. Mas kahwin ini boleh dibayar dalam pelbagai kaedah dan apa jua bentuk mengikut kesesuaian dan peredaran zaman. Lazimnya mahar ini disempurnakan dengan wang ringgit, senaskah Al-Quran, cincin, gelang tangan dan pelbagai bentuk lagi mengikut kemampuan serta persetujuan kedua-dua pihak mempelai. Pada hari ini syiling dinar emas telah mula diperkenal serta diketengahkan sebagai alat perantaraan mahar atau mas kahwin yang terkini dalam sesuatu majlis pernikahan.



Pernahkah anda terfikir kesesuaian syiling emas 9.166% seberat 42.5-gram dan 22-karat ini sebagai item baru penunaian mas kahwin mahupun hantaran perkahwinan. Barangkali jika dilihat sekali imbas cadangan ini agak ganjil tetapi diyakini dinar emas akan mendapat tempat serta sambutan di kalangan masyarakat.

Di samping itu, penggunaan dinar emas boleh diperpanjangkan untuk pelbagai tujuan sampingan seperti hadiah atau cenderahati ulangtahun hari kelahiran atau perkahwinan sebagai tanda penghargaan dalam usaha mempertingkatkan nilai ketinggian kehidupan manusia. Secara keseluruhannya apabila dinar emas diaplikasikan secara meluas, keadaan ini akan membantu meningkatkan kadar pemilikan dinar emas sebagai aset di kalangan masyarakat. Barangkali penggunaan dinar emas ini boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti berdasarkan motif serta kecenderungan masing-masing. Dalam skop yang lebih luas, negara akan mempunyai stok simpanan emas yang stabil yang dapat membantu Malaysia mempertahankan kewibawaannya jika krisis kewangan dan ekonomi global kembali melanda. .


No comments:

Post a Comment