Mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas, adalah penting bagi anda mengetahui sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas.
Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas maka adalah mudah bagi anda menyingkap rahsia pelaburan emas dan cara-cara membuat keuntungan daripadanya.
MENGAPA anda perlu menyimpan emas kerana:
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana KEISTIMEWAANNYA:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar dan rupanya cantik.
2. Diiktiraf oleh seluruh manusia sebagai benda berharga.
3. Selama-lamanya bernilai dan emas tidak boleh dibinasakan.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Tidak boleh dicipta dan ianya sukar diperolehi.
Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran.
Ketika itu, sesiapa yang memiliki emas maka dia dianggap kaya dan berkuasa. Apa yang menarik, jika beribu tahun dahulu orang yang memiliki banyak emas dianggap kaya dan berkuasa dan jika sekarang ini seseorang manusia memiliki banyak emas, maka dia juga dianggap orang yang kaya dan berkuasa.
Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk dan tidak berkarat dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang baik. Sesuatu objek yang menjadi penyimpan nilai mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan.
Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda-benda tersebut akan binasa.
Anda juga diharap menyedari kenapa pentingnya manusia menyimpan emas.
KENAPA BERNIAGA EMAS
1. Berniaga menjamin pendapatan lumayan.9/10 daripada rezeki adalah datangnya dari
perniagaan (sabda Rasulullah saw)
2. Emas dilihat sebagai pelaburan yang memberikan pulangan lumayan, selamat dan teguh.
3. Trend yang semakin mendapat perhatian pelabur kerana kegawatan ekonomi dan
kegawatan politik.
KELEBIHAN BERNIAGA EMAS
1. Stok emas naik harga dalam masa panjang.Stok perniagaan lain belum tentu naik harga.
2. Stok yang tidak boleh dibinasa dan mudah disimpan.
3. Stok yang mudah ditukarkan kepada tunai (mengunakan Ar-Rahnu)
4. Sentiasa ada permintaan walaupun harga naik atau rendah.
5. Anda memperolehi untung ketika menjual atau membeli emas.
6. Tidak perlu bercerita panjang lebar.Orang tahu emas bernilai.
7. Perniagaan yang high class kerana martabat emas tinggi disisi manusia.
No comments:
Post a Comment